Monday, 12 May 2014

bisu .


mencintai seseorang dalam diam-diam itu saket sangat . biar pun aku tahu aku akan disakiti tapi aku tetap tak mampu nak meluahkan.
"bila seseorang tanya pada aku macam mana rasanya mencintai seseorang yang mencintai orang laen bahkan dia pernah tak pernah tahu kita mencintai dia,
aku tarik nafas dalam-dalam sejenak dan aku cakap  rasanya saket sangat sperti kita memeluk pokok kektes , makin kuat kita pelok,makin saket sangat "

hurmm ya,its too pain. Allah tahu apa yang aku nak biar pun aku membisu tanpa kata dalam hati.Allah tahu hati aku.. kenapa aku tak nak luahkan ? sebab aku malu , sebab aku tak nak Allah murka, sebab aku nak jaga hati aku :'(  .yang aku mampu luahkan hanya pada ALLAH . setiap sujud aku meminta-minta agar dia bahagia,gembira biarpun aku tak bersama. hari nie happy . tapi satu saat bila aku nampak "status" dia, hati nie macam kena tusuk pisau tajam sangat ..saket . hati aku terdetik

dia dah ada penganti . . .

kaki tangan dah sejuk.jantung bedegup laju . mata maseh menahan dari mengalirkan manik jernih.. bertahan, aku kena kuat ,okey cuba senyum , okey cuba gelak ,buat macam biasa ,buat macam tak da apa yang jadi .. tenang-tenang .tarik nafas panjang-panjang..tapi dalam hati ,Allah .. hanya Allah saja yang tahu..

ternanti-nanti panggilan Allah..aku jadi tak sabar sangat . dada makin sesak.. bila Allah dah panggil aku terus sahut panggilan tu.aku jalan cepat pergi rumah Allah.. solat .. dalam doa aku menangis sepuas hati .mengadu.. mengadu pada DIA .hati aku saket ,aku rasa perit .perit sangat ..aku dah tak dapat nak tahan lagi tangisan.. mungkin depan manusia aku mampu menipu dengan wajah tapi dengan Allah aku tak mampu menipu ..aku menangiss .. ya Allah aku tak kuat..aku tak kuat demi Mu tapi kerana Mu aku kena kuat. betapa susahnya nak menjaga hati ini ya Allah. betol la cakap umi usrahku bermujahadah itu saket tapi syurga itu manis ..nak dapat benda yang paling mahal bukan mudah mesti kena ada pengorbanan, mesti ada kesakitan. ya mungkin itu yang aku lalui sekarang.

ya Allah,Engkau redhakan lah hati aku ini dengan ketentuanMu ,Engkau lapangkan lah dadaku.. aku ingin mencari cintaMu .tunjukkan lah aku jalan yang lurus ,jalan yang Engkau redhai. sungguh pun aku tak dapat bersamanya ,tapi aku mahu bersamaMu. aku yakin padaMu ya Allah,Engkau telah menyimpan yang lebih baek untukku.

Alhamdulillah lepas menangis-nangis depan Allah rasa sangat tenang. rasa ringan sikit hati dah tak rasa sesak dada.aku baca surat cinta dari Allah..aku rasa bersyukur sangat sebab Allah bagi aku kekuatan untuk bertahan sampai hari ini.happy ,yaa..aku sangat happy biarpun aku menangis tapi aku rasa lega sebab aku rasa Allah nak aku belajar sesuatu..cinta manusia tu tak kan kekal kalu tak da ikatan .. jadi aku memilih untuk teruskan hidup dengan lembaran yang baru  .aku akan tetap mendoakan kebahagiaan dy biarpun dia tak pernah tahu tapi aku yakin kalu dia dah tertulis untuk aku insyaAllah Allah akan satukan kami. :) tapi kalu bukan , aku tetap tak kan mencari tapi aku akan menunggu "hadiah" dari Allah .insyaAllah hadiah Allah pasti yang terbaek.

biarpun aku tak pernah tahu siapa imamku nanti tapi aku nak sampaikan ini



biarpun kita tak berjumpa lagi imamku , tapi aku selalu mendoakan agar Allah membawamu pada ku. biar pun aku tak pernah tahu siapa dan kita maseh terpisah ..aku selalu mendoakan .moga Allah mempertemukan kita.aku akan menunggumu..



tq Allah ! 


Saturday, 10 May 2014

life .

dalam sedih ,pejamkan mata mu dan pujuk lah hati mu ,
" inilah perjalanan hidupku .. Allah Ta'ala yang letakkan aku disini .. semua ini perancangan Allah. jadi, aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya diatas setiap ketetapan-Nya dan aku terima Qada dan Qadar diriku . Sesungguhnya , setiap sesuatu itu ada hikmah-Nya .terima kasih Allah." lepas tu buka lah matamu dan senyumlah :)


sesuatu yang paling berharga hilang sekelip mata dengan tanda yang kadang-kadang kita tak dapat merasa "message" sebagai tanda perpisahan itu membuatkan hati ini seperti direntap kuat. ya , rasa tak dapat nak menahan perasaan sebak yang menyapa hati . mata yang di pinjamkan ini terus mengalirkan air mata membasahi pipi. pilu ,sedih sangat terasa.. ya Allah, kuatkan aku..jika ini ujian dari dari Mu kepada ku.aku redha. aku redha. aku mengaku aku terasa sangat kehilangan , dia yang selalu menemani , bersama tanpa jemu biarpun banyak kekuranganku tapi dia tetap setia bersama. biarpun dia tidak pernah berkata-kata sekali pun tapi tindak tanduknya seakan-akan mengerti apa yang aku katakan, sekarang dia pergi , pergi selamanya mengadap-Mu. seberat apa pun ujian yang aku tanggung ini ya Allah..aku yakin, aku yakin Engkau dah mengaturkannya untuk aku..aku yakin ini adalah jalan hidupku yang Engkau tentukan untuk ku biar pun dia pergi untuk selamanya ,Engkau sentiasa bersama aku.

owh Allah please keep me strong! 

Saturday, 3 May 2014

. . .

pernah menangis tanpa sebab ? menangis teresak-esak macam ada satu beban yang berat sangat tengah kita tangung ? 

aku pernah dan rasa selalu sangat aku lalui sekarang nie. aku pun tak tau kenapa aku boleh menangis macam  tu sekali . rasa sesak sangat dada nie nak menangis . ya Allah .. air mata laju sangat keluar..  bila solat ,hati aku berdegup laju, berdebar2 .. time tu air mata nie senang sangat nak mengalir..  nth kenapa jadi mcm tu..suara hati nie sering ingin bersama dengan Mu aku ingin menyahut cinta dari Mu ..ya Allah terima kasih kerana memilih aku untuk menerima hidayah dari Mu. terima kasih kerana Engkau memberi nikmatMu selama aku hidup di dunia ini .  <3