Thursday, 26 December 2013

H.A.T.E

benci !

benci kau !

aku tak nak tengok muka kau lagi ! benci !!!!!

 kau kena rasa apa yang aku rasa, aku benci kau !!


 benci ? meluat ? geram ? tak suka ? hurm

 

pernah rasa ?

tipu lah sapa yang tak pernah rasa . manusia ,semua ada perasaan.

perasaan marah,tak suka,sedih,geram,happy emm banyak sangat perasaan dan termasuk lah sekali dengan perasaan benci.


 manusia,haiwan diciptakan ada perasaan.

aku pun penah benci orang * tapi jangan ikot jejak aku *

memang aku tak suka,menyampah sangat kalu dengan hamba Allah tu.

 

" ishh kalu dia cakap mesti akan menyakitkan hati aku" bagi aku dia gedik,mengada2.

apa-apa pun pasal dia aku tak suka.yalaa ,bila orang yang kita tak suka tu ,semuanya buruk, semuanya tak kena,semuanya pelik bagi kita.

 

tapi bila satu saat aku susah ,apa yang boleh membuatkan aku sangat-sangat sedar, orang yang aku rasa dia terok sangat dan buruk pada pandangan mata aku  tu la yang tolong aku.

 

haaa.malu tak malu ?

 

of cos laa malu gilaaaaaaaaaaaaaa.. 

 

 mesti korang tertanya-tanya *eh apa yang dia nak cita nie,nak cita yang dia nie benci orang ?*

 

 apa yang aku nak sampaikan kat sini, 

kita tak boleh benci orang sangat , kita tak boleh perasaan benci menguasai diri kita 

sebab ,

it's killing you dear, it's killing you from inside.

kenapa ia mampu membunuh kita ? 

bila perasaan benci kita menguasai diri, syaitan akan maen peranan untuk mengusai minda,perbuatan kita.

maybe kita akan buat something yang diluarkan jangkaan ? siapa tahu kan ? 

hidup degan keadaan benci ,tak wujud ketenangan langsung.

kita berhak mempunyai perasaan tak suka tu pada orang tapi pandai lah kawal,

ingat  kita BERHAK  tapi kita TAK BERHAK menghukum orang,sesakit mana pun hati kita,sebenci mana pun kita,seterok mana pun dia dipandangan kita ,sebab Allah ada sebaek-baek hakim.


nak ke hidup dalam penuh kebenciaan,dendam,dengki ,apa yang kita buat semua tak kena ,menyakitkan hati sendiri,menyiksa jiwa di atas sebab seseorang yang kita tak suka ?

kenapa jiwa tak penah tenang sebab bencikan orang ,tak penah rasa happy langsung dengan apa yang kita buat dalam hidup ? 

sebabnya kita sibok menbenci orang,sebok cari kesalahan orang .apa kata kalu kita tak suka someone tu kita jaohkan diri dari dia,lebih baek dari kata yang bukan-bukan kat dia,hati pun tak sakit kan  ? 

serah semuanya pada Allah , everything will be okey  :)

 

apa yang aku buat waktu aku marah,tak suka,geram,sedih ( rasa mcm nak hempuk semua barang )

  •  menangis 
  •  istifar
  •  amek wudhuk
  • kalu dah masuk waktu solat,solat dulu then
  •  berdoa lah supaya di ampunkan dosa kita dan moga Allah kuatkan hati kita untuk lebih bersabar ( mengadu pada DIA menangis pada DIA )
  •  bc quran
  • diam dan muhasabah  ( take your time ! to make you calm)
  • lepas rasa tenang baru bercakap macam biasa 

- haa sangat berkesan ! huhu. tapi semua orang ada cara tersendiri nak 'handle ' kan ? hehe

 

 

moral value pasal cerita aku yang kat ats tadi tu actually kita tak perlu  benci sangat kat orang, kita rasa terok dengan kelemahan dia, tapi kelemahan kita mcna ? haa sebab kita nie manusia biasa ada kurang ada lebih. so,terima orang seadanya ,kita kena ingat tak semua orang terima kita. cara yang lebih baek ada  lah memaafkan  . itu yang terbaek ! hahadan orang yang paling aku tak suka sekarang laa jadi insan yang aku hargai <3 a lot of love actually. btw agak lawak , bila aku teringat balik . a lot memories !

 



"bila kita jaga hubungan kita dengan Allah ,Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia " 



keep your life calm and happy when you know Allah is always by your side ! 

wassalam.


Sunday, 22 December 2013

couple "bercinta"

penah bercinta ? 

okey ,soalan cepumass haha
boleh katakan semua yang orang terdekat aku pernah bercinta, termasuk aku.. kepada siapa yang tak pernah ada pengalaman bercinta aku solute ! 
sebab,
kau pandai jaga hati kau, jaga hati kau hanya untuk Allah.
 
 

kalu la masa itu boleh diputarkan aku tak nak bercinta tapi aku hanya manusia biasa, aku hanya hamba yang berdosa..kalu la aku sedar masa tu aku mesti aku tak buat macam tu tapi masa yang lepas memang tak kan kembali..so keep going and move on your to better life.. 

kita manusia, sentiasa ada keinginan untuk dikasihi dan mengasihi tapi ada caranya. 
 
bercinta nie aku tak dapat nak menafikan semuanya indah,sangat bahagia .yala, sapa ja yang tak bahagia setiap ada orang amek berat pasal kita, buat kita tersenyum time kita sedih,buat kita rasa ada kekuatan bila dia ada, tempat kita mengadu dan macam2 lagi lahh..haha
 
dari pengalaman aku laa memang kita akan rasa dunia tu kita yang punya,lupa segalanya ( mabuk cinta )  itu bila bahagia laa.. tapi bila begadohh .. haa menangis, badmood ..sedih jaa..
hurmm dan last2 putus cinta.. 

kadang-kadang ,
aku rasa berbelah bagi untuk cakap aku menyesal ke tak bercinta. sebab bercinta buat aku belajar satu benda dan pengalaman iaitu TAK KAN LAGI PERCAYA SENANG2 PADA LELAKI ! yg sweet talker tu semua penipu hahahaha
 
tapi ,
 
yang menyesal nya aku dah bercinta ,aku lupa Allah. aku serah kan hati aku pada yang tidak halal bagi aku. rasa macam banyak sangat dosa nie :'( , maseh jahil aku nie.. aku rasa malu dan kalah dengan nafsu, kalah dengan godaan dunia semata-mata,.. mengejar cinta yang tidak pasti.

dan dia pergi tinggalkan aku , lepas tu rasa macam down juga rasa ,sedih..
Di saat itu Allah uji, Allah sedang bicara dengan aku sebab dosa2 aku..itu yang buat aku sedar dari mimpi gelap, aku taubat..
ya Allah ,ampunkan segala dosa ku ini.
perit sungguh..
aku muhasabah diri, cuba slow2 delete all about him dan semakin aku mencuba,semakin kuat aku percaya Allah ada bersama aku, dengan izinNya aku hari ini Alhamdulillah sangat bahagia tanpa kasih dari dia yang tak pasti :) 
rasa lagi tenang sebab tak terikat dengan undang2 manusia, rasa sangat bebas dari penghambaan cinta manusia ,sangat bersyukur dengan nikmat Allah yang tak terhingga.
 
 aku tak pernah rasa menyesal sebab dia tinggalkan aku malah aku rasa berterima kasih sangat ^_^ 
dia bagi peluang aku untuk lebih mengenali Allah ,cinta abadi . aku langsung tak pernah ada sikit pun rasa benci pada dia,marah ? langsung tak. sebab dia bagi aku rasa kebahagian yang tak pernah aku rasa selama aku hidup nie.aku akan sentiasa mendoakan dia di setiap sujudku ,biar pun aku sayang tapi cukup lah aku mencintai dia dalam hati dan jaga dia melalui Allah..aku redha
cinta Allah number satu sebab Dia adalah cinta matlamat ! :) 
aku tahu cinta itu fitnah,fitrah ingin mencintai , tapi biar lah waktu ini aku mencari cinta-Nya ..
aku yakin jodoh itu akan datang bila tiba waktunya. kita berusaha iaitu mendoakannya kepada ALLAH.
 
nak tahu macam aku rasa macam bertekad sangat tak nak bercinta lagi lepas nie sampai lah jodoh aku sampai ?
 
 
hayati vid nie..aku dengar banyak kali, ia buat aku rasa aku tak perlu sedih dengan apa yang jadi . just redha dan buat aku rasa lebih kuat dan sedar betapa tinggi nya mencintai Allah itu .. 

" kita tak kan dikahwinkan dengan seseorang atas sb jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwinkan  dengan jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali lagi "

 
 lagi satu vid yang aku rasa betol tak bercinta sebelum kawen adalah
 
 
 

 
 
so, jangan bersedih kalu anda ditinggalkan . sebab itu adalah satu nikmat ! dan single itu jugak satu nikmat ! jadi.tersenyum lah kerana Allah sentiasa bersama anda. La Tahza innallah hama'anna  :)
because you are very special !

jum sama-sama jaga hati , jadi wanita solehah<3 
^_^ heart beat





 
 
 
 


 
 



Wednesday, 11 December 2013

Aku yang dulu bukan lah yang sekarang :)

Assalamua'laikum ..

penah dengar lagu tegar-aku yang dulu bukan lah yang sekarang ? hehe disebalik keasyikkan lagu tu semestinya terselit makna yang mendalam kan.. begitu juga hidup aku.. keasyikan dan keseronokkan bersama kawan-kawan dalam hidup membuatkan hidup ini seperti dalam alam yang hanya mahukan keseronokan dunia sahaja. hidup dalam remaja itu hanya mahukan kebebasan,inginkan difahami,ingin kehidupan yang serba kesenangan, inginkan kawan2 untuk begelak tawa,ingin berfesyen tanpa fikirkan hati umi abah,tak pernah fikirkan masa depan..hanya keseronokan semata-mata..


tapi bila disaat aku di uji dengan keperitan kehilangan  baru aku mula tercari-cari Penciptaku.. aku teraba-raba dalam kegelapan mencari ketenangan hidup..apakah yang aku inginkan  selama ini.?.adakah dengan keseronokkan yang rapuh dan sementara nie? adakah aku hanya inginkan kasih seorang manusia yang tidak kekal itu? adakah aku hanya inginkan kebebasan dengan meminta-minta kasih dan perhatian seorang manusia ? adakah ini keinginan yang aku mahu capai dalam hidup ini ? adakah kebahagian ini yang aku inginkan ? tapi mengapa hati ini tetap kosong.. tetap kesunyian ? kenapa ? kenapa ? apakah ketenangan dan keseronokkan yang aku dambakan selama ini tak mencukupi ? Apa yang aku cari dalam hidup ini ?? apa yang aku cari ? bila aku rebah di kala mata ini terus mengalirkan air yang membasahi pipi .. aku tekad.. aku dah tak mahu kan cinta yang sementara..aku harus mencari cinta abadi iaitu cinta Ilahi.. aku harus kuatkan hati untuk berhijrah..sampai bila aku harus menangisi cinta yang sia-sia itu ,cinta yang tidak kekal itu..sampai bilakah aku harus mengharapkan cinta manusia ? sampai bilakah aku harus lalai dalam setiap ibadatkku?..sampai bilakah aku nak melukakan hati umi abah dengan sikap ini ? sampai bilakah aku nak terus sombong dengan Allah? sampai bilakah aku nak menambahkan dosa abah bila aku keluar rumah tak jaga aurat ? adakah aku ini sayangkan abah ? sampai bila ?  adakah hingga aku dah tak mampu melakukan apa-apa lagi ? hurmm ya Allah ..buka pintu hati ku ini..berikan lah aku hidayah-Mu ..
lepas dengar semua nasihat dari umi tercinta,sepupu tersayang keluarga dan sahabat yaang sentiasa menyokong. bediam diri untuk sekian lama,muhasabah diri, dengan izin-Nya aku berhijrah..Alhamdulillah
tapi bukan semua dapat menerima penghijrahan ini..betol lah lagu hijrah tu. hijrah itu memang susah,hijrah itu memang payah.. yup ,itu lah kenyataanNya .. memang sangat susah..kita boleh berubah tapi nak istiqamah memang sangat mencabar. mencabar dari sudut mentel,emosi, dan fizikel.. bila aku pakai tudung labuh ada yang cakap "ehh asal nie tetiba ja pakai tudung labuh2 nie "
ada yang cakap " eleh kejap ja tu stg pendek la balik " ada yang cakap " ala harap tudung ja labuh sombong" ada yang cakap " haaa tu ada ustazah mai dah" ada yang cakap " wehh dah jadi usatzah sekarang nohh boleh r ajar  budak2 mengaji " ada yang cakap " hahaa hang jadi sengget macam yang jadi macam nie"  ya Allah ,Engkau kuatkan lah hati ini..Engkau hapuskan lah segala kesedihan ini..ya Allah jika ini ujian buat ku aku terima,aku redha..
dikala aku bersendirian menitis jua  air mata yang ku pendam ini..biar puas mulut manusia mahu berkata,biar puas hati manusia tidak menerima..tapi aku pekakkan telinga dan meneruskan langkah..
saket memang saket tapi ini hanya ujian.. because i believe life is just a test.
mulut yang berkata keburukan diiri ku terus berkata2.. ya hati mana yang mampu bertahan tapi aku ambil keputusan untuk mendiamkan diri dan pergi jaoh dari orang2 itu..bukan aku sombong tapi aku tak nak kata-kata itu terus menikam hati ini..
dari sudut penerimaan aku dipandangan manusia siapa yang mengenali dan menerima diri yang baru berhijrah ini ..aku gembira.. terima kasih, bersyukur sangat disaat  Allah uji keperitan terselit juga kemanisan itu..
Allah uji kesabaran dan keikhlasan ..hanya DIA yang tahu..

aku bagi nak satu tips
- bila hati nie sedih dan kecewa ( solat lah tahajud)
-bila hati nie inginkan ketenangan ( solat lah tahajud)
- bila hati ini inginkan tempat mengadu ( solat lah tahajud)
-bila hati ini diselubungi rasa sunyi (solat lah tahajud )
dan yang pasti jangan lupa baca Al-quran..insyaAllah semuanya akan okey ! dan anda bila anda bangun pagi itu MasyaAllah.. memang tak boleh nak gambarkan macam mana nikmatnya pagi tu
ini testimoni dari aku sendiri..anda bila lagi :3






di sebalik senyuman itu

aku tetap ketawa biarpun aku rasa ingin menangis ,aku tetap tersenyum biarpun aku sebenarnya kecewa,aku tetap kuat walaupun aku  dah tak sanggup lagi menghadapi semua nie,aku tetap bersemangat walaupun aku tertekan ,aku tetap sabar dan memandang semuanya baek  tapi sebenarnya hati aku lemah dan  sangat saket.
semua orang cakap aku nie tak da masalah ..jenis suka gelak2 ,happy di depan orang..ya its fake of me.but i will do its when i think this is the best way to  hide how my feeling,what i feel how hurt,,how bad is inside my heart from people. i know Allah always know how i feel  but to people i will its hide with smile..aku fikir aku patot simpan apa pun yang aku rasa..biar lah aku luahkan semua pada DIA yang satu..aku tak dapat tipu diri aku..sebenarnya aku tak kuat..tapi aku cuba..aku cuba untuk menghilangkan semua..menghilangkan rasa yang perit itu dengan masa..aku redha..aku lepaskan semua..aku tak berpaling lagi bila aku begerak pergi tinggalkan semua nie dan suatu masa nanti aku pasti ia akan lenyap dari hati ini..aku tak mahu kan kemewahan ,aku tak mahukan cinta manusia yang tak kekal tu meskipun aku tahu cinta manusia itu perlu tapi biar lah aku penuhi hati ini dengan mencintai Penciptaku dahulu..ada masanya memang aku bersendirian ,ada masanya aku memang suka berseorangan ,ada masanya aku memang suka duduk berjaohan ,tanpa kawan2 ,tanpa bualan,tanpa gurauan ,tanpa senyuman  bukan kerana aku ini sombong tapi aku ingin mencari kembali diri ini sejaoh mana arah tujuan hidup yang aku capai dalam mencari redha Allah .. aku memang macam nie suka menyendiri ,suka memendam sambil aku memerhati  adanya "mata"yang memerhati iaitu panadangan Allah..bila Allah tak bagi apa yang aku hajatkan bukan bermakna Allah benci tapi mungkin ada suatu hal Allah nak aku faham..

bila  aku rasa sedih aku pengang satu kata nie
 jadi kuatkan hati,tingkatkan iman, yang paling penting jaga hati awak2 itu baek jangan rosakkan hati  awak2 okey :)
di saat kita jatoh dan rasa kehilangan jangan pernah bersangka buruk pada Allah
berpisah itu sentiasa lebih baik.
berpisah ketika cinta, kerana Tuhan nak temukan kita dengan cinta yang lebih baik.
berpisah kerana kematian, Tuhan nak kita tahu hidup ini tak kekal.
berpisah dengan harta, Tuhan nak kita tahu segalanya cuma pinjaman.
berpisah itu sentiasa lebih baik, andai kita redha dan percaya dengan takdir-Nya 

 tapi jangan berpisah dengan-Nya <3 heart beat


sem 3

salam..
hurmm lamanya tak update blog..actually aku terlupa nak password -_-" penyakit lupa tu sampai ke tahap yang agak parah sikit kikii tpai lepas ingtan pulih sebab terantuk kepala kan slidening door terus  ingatan aku pulih kembali * apa yang aku merepek nie* hahaha:P

dah setahun berlalu untuk aku updated blog after one year aku tak update.. hurm banyak yang jadi just in one year.. ada buruk ada baek that's normal but not to me ..  em kalu yang terok aku rasa macam perit gila..kalu yang baeknyaa aku rasa owh Allah nikmatnyaaa ..but everything gonna be okey soon insyaAllah ..  :)

okey, let's start to the next section.. in 2013 aku dapat rasa macam-macam pengalaman laaa.. first ,sewa rumah yang ada "penghuni" before  aku sewa.. HAHA aku rasa macam mimpi semua nie jadi kat diri aku tp memg jadi ,kena kacau,dengar org mengilai,bau asap colok every night tepat jam 12 malam owh god memg meremang tapi just be me rilek and keep calm sampai kawan aku kata aku nie macam xdak perasaan..yaka ? -__- haha .. then pindah rumah kali kedua duet keluaq mcm ayaq bayaq umah sewa baru ..duet tarakkk !! haha poket kering sampai makan maggi dua tiga hari * tu sampai pelupa dan botak * hhaha ehh botak ke ? rasanya still ada rambut g kot hahahaha ..

rumah baru sangat okey tapi disebabkan aku dah xnak pk pasal bil air elektrik aku mintak kuaters laa.. Allahamdulillah dapat kuater untuk sem depan.. tapi ! bila dapat kuater timbul lagi masalah baru aku dengan shahirah berpisah dok umah laen2aku dok dengan senior dy dok dengan junier okey ,terbalikk  tp redha ja laa asal dapat duduk hurmmm legaaa.. settle masalah umah untuk sem depan aku berhempas pulas buat website guna html haha pening,stress sb asyik xmau jadi ja website aku..but at last jadi jugak laa even sangat lah simple xmcm orang laen punya website okey lah kan dari xdak apa2..habeh settle semua final exam emm  okey la tp yang xboleh blah ITE satuu xtau macam result tu 6t susah baq hang..rasa mcm aku  maen teka teki ja huhu xtau apa2..blur..
HEHE
sekarang ! aku cuti sem dulu xsabaq sangat nak balik cuti tp sekarang ya Allah bosan..xtau nak bt apa tiap2 hari activity yang sama ja.. mcm xberkembang ja otak dok kt umah ni tapi kalau keluar pun nak p mana ja..kalu bab bina badan dan lemak tu sudah  semestinya laa kalu dok umah..maklum la makanan semua emm di masak dengan penh kasih sayang hahaha.. that all untuk sem 3 nie.. simple tapi nak menghadap apa yang jadi tu xsemua yang tahu mcmna susahnya :)  because people can't judge without feel it . heart beat <3
adios !