Sunday, 22 December 2013

couple "bercinta"

penah bercinta ? 

okey ,soalan cepumass haha
boleh katakan semua yang orang terdekat aku pernah bercinta, termasuk aku.. kepada siapa yang tak pernah ada pengalaman bercinta aku solute ! 
sebab,
kau pandai jaga hati kau, jaga hati kau hanya untuk Allah.
 
 

kalu la masa itu boleh diputarkan aku tak nak bercinta tapi aku hanya manusia biasa, aku hanya hamba yang berdosa..kalu la aku sedar masa tu aku mesti aku tak buat macam tu tapi masa yang lepas memang tak kan kembali..so keep going and move on your to better life.. 

kita manusia, sentiasa ada keinginan untuk dikasihi dan mengasihi tapi ada caranya. 
 
bercinta nie aku tak dapat nak menafikan semuanya indah,sangat bahagia .yala, sapa ja yang tak bahagia setiap ada orang amek berat pasal kita, buat kita tersenyum time kita sedih,buat kita rasa ada kekuatan bila dia ada, tempat kita mengadu dan macam2 lagi lahh..haha
 
dari pengalaman aku laa memang kita akan rasa dunia tu kita yang punya,lupa segalanya ( mabuk cinta )  itu bila bahagia laa.. tapi bila begadohh .. haa menangis, badmood ..sedih jaa..
hurmm dan last2 putus cinta.. 

kadang-kadang ,
aku rasa berbelah bagi untuk cakap aku menyesal ke tak bercinta. sebab bercinta buat aku belajar satu benda dan pengalaman iaitu TAK KAN LAGI PERCAYA SENANG2 PADA LELAKI ! yg sweet talker tu semua penipu hahahaha
 
tapi ,
 
yang menyesal nya aku dah bercinta ,aku lupa Allah. aku serah kan hati aku pada yang tidak halal bagi aku. rasa macam banyak sangat dosa nie :'( , maseh jahil aku nie.. aku rasa malu dan kalah dengan nafsu, kalah dengan godaan dunia semata-mata,.. mengejar cinta yang tidak pasti.

dan dia pergi tinggalkan aku , lepas tu rasa macam down juga rasa ,sedih..
Di saat itu Allah uji, Allah sedang bicara dengan aku sebab dosa2 aku..itu yang buat aku sedar dari mimpi gelap, aku taubat..
ya Allah ,ampunkan segala dosa ku ini.
perit sungguh..
aku muhasabah diri, cuba slow2 delete all about him dan semakin aku mencuba,semakin kuat aku percaya Allah ada bersama aku, dengan izinNya aku hari ini Alhamdulillah sangat bahagia tanpa kasih dari dia yang tak pasti :) 
rasa lagi tenang sebab tak terikat dengan undang2 manusia, rasa sangat bebas dari penghambaan cinta manusia ,sangat bersyukur dengan nikmat Allah yang tak terhingga.
 
 aku tak pernah rasa menyesal sebab dia tinggalkan aku malah aku rasa berterima kasih sangat ^_^ 
dia bagi peluang aku untuk lebih mengenali Allah ,cinta abadi . aku langsung tak pernah ada sikit pun rasa benci pada dia,marah ? langsung tak. sebab dia bagi aku rasa kebahagian yang tak pernah aku rasa selama aku hidup nie.aku akan sentiasa mendoakan dia di setiap sujudku ,biar pun aku sayang tapi cukup lah aku mencintai dia dalam hati dan jaga dia melalui Allah..aku redha
cinta Allah number satu sebab Dia adalah cinta matlamat ! :) 
aku tahu cinta itu fitnah,fitrah ingin mencintai , tapi biar lah waktu ini aku mencari cinta-Nya ..
aku yakin jodoh itu akan datang bila tiba waktunya. kita berusaha iaitu mendoakannya kepada ALLAH.
 
nak tahu macam aku rasa macam bertekad sangat tak nak bercinta lagi lepas nie sampai lah jodoh aku sampai ?
 
 
hayati vid nie..aku dengar banyak kali, ia buat aku rasa aku tak perlu sedih dengan apa yang jadi . just redha dan buat aku rasa lebih kuat dan sedar betapa tinggi nya mencintai Allah itu .. 

" kita tak kan dikahwinkan dengan seseorang atas sb jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwinkan  dengan jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali lagi "

 
 lagi satu vid yang aku rasa betol tak bercinta sebelum kawen adalah
 
 
 

 
 
so, jangan bersedih kalu anda ditinggalkan . sebab itu adalah satu nikmat ! dan single itu jugak satu nikmat ! jadi.tersenyum lah kerana Allah sentiasa bersama anda. La Tahza innallah hama'anna  :)
because you are very special !

jum sama-sama jaga hati , jadi wanita solehah<3 
^_^ heart beat





 
 
 
 


 
 



No comments:

Post a Comment